SK Tanjong Aru teretak di sebuah pulau yang bertentangan dengan pusat bandar Sandakan. Jalan perhubungan ke sekolah ini hanya dengan menaiki bot tambang yang diusahakan oleh penduduk kampung.


      Perjalanan ke pulau ini hanya mengambil masa 15 ke 45 minit bergantung kepada jenis pengangkutan dan keadaan cuaca. Dua jenis pengangkutan disediakan sebagai perkhidmatan, yang pertama bot laju (bersaiz lebih kecil serta muatan yang terhad) dan yang kedua kapal pengangkut penumpang (bersaiz lebih besar dengan muatan yang lebih banyak). Kedua-duanya mengenakan bayaran tambang sebanyak RM2.00.

     

      Kebanyakkan penduduknya berbangsa Brunei. Pekerjaan utama penduduk d sini adalah sebgai nelayan.