Sekolah ini ditubuhkan sekitar penghujung tahun 1950an. Guru Besar yang pertama ialah Mr. Lee @ Rahim Lee Abdullah merupakan seorang yang berbangsa Cina.


      Pada awal penubuhan sekolah ini, ia merupakan sebuah sekolah yang dididirikan khas untuk menyediakan satu pusat menuntut ilmu kepada anak-anak penduduk Pulau Tanjong Aru dan juga kepada penduduk-penduduk pulau di sekitarnya, seperti Pulau Tanjung Batu, Pulau Sipinong, Pulau Mumiang, dan Pulau Lubukan. Ini bertujuan untuk memudahkan penduduk-penduduk pulau untuk menyekolahkan anak-anak mereka kerana pada masa itu belum ada sekolah yang didirikan untuk tujuan itu.


         Sehingga kini, Sk Tanjong Aru masih tegap berdiri dan mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan daya usaha yang termampu. Dalam tempoh lebih kurang 60 tahun, Sk Tanjong Aru telah berjaya mengorak langkahnya dengan pimpinan beberapa orang Guru Besar.

Sila Klik Pada Pautan untuk melihat senarai Guru Besar