Selamat Datang
Laman web ini telah dibangunkan dengan harapan dapat memberi sedikit gambaran dan maklumat berkenaan sekolah kami. ia juga di harap dapat menjadi satu sistem komunikasi antara warga sekolah dengan masyarakat setempat umumnya, ibu bapa dan murid khususnya. dengan ini di harap ia dapat menjalinkan hubungan yang lebih intim antara sekolah dan komunitinya.
Perhatian kepada semua warga sekolah SK Tanjong Aru Sandakan, sila catatkan komen atau informasi terkini di 'guestbook' dalam ruangan 'Hubungi Kami' sebagai tanda kehadiran anda kesini.
sekian, terima kasih
Info terkini:
12/02/2014
Alhamdulliah.. lama tidak update page ini..Sk Tanjong Aru masi berfungsi seperti biasa. Namun banyak perubahan telah berlaku. in sya Allah, akan di kemaskini dalam masa terdekat..
7/03/2011
12/03..sekolah akan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah..semua di jemput hadir.
28/02~4/03.. Sekolah menerima kunjungan Klinik Pergigian..mereka berkampung selama seminggu..alhamdulillah semua murid berani-berani belaka. Tahniah!.. kepada semua murid yg tidak takut pada jururawat pergigian.
15/02/11
Cuti Maulidul Rasul..
update: - Seramai 5 orang murid akan menyertai saringan MSSD peringkat zon sandakan pada rabu 16/02/2011 bertempat di Komplek Sukan Sibuga.
- ujian bulanan Februari akan dijalankan selama 2 hari bermula 18~19/02/2011 (Jumaat & Sabtu)
13/01/11
Kepada pengunjung, terdapat ruangan baru "download"...khas untuk rakan-rakan yang inginkan panduan, bolehlah klik tab yang berkenaan.
update: setakat ni satu fail saja yang sempat di upload... :)
rakan-rakan SKTAS yang ingin menambah koleksi download kita bolehlah menyumbangkan bahan untuk di upload kepada admin.
11/01/11
Sk Tanjong Aru bermula di tahun 2011 dengan kehadiran dua staff baru menggantikan staff lama yang berpindah. Tidak di lupakan juga pelajar-pelajar tahun satu yang baru seramai 15 orang. Sebagai pembuka kata, kehadiran anda amat-amat dihargai. Semoga kehadiran staf dan pelajar baru ini dapat menjadikan warga SK Tanjong Aru lebih ceria dan gembira berkhidmat sepanjang tahun ini.
Terima kasih.